CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 Disember 2011

CARA BERMAIN

Pasukan bola baling dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mengandungi 6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol serta 5 orang pemain ganti. Objektif permainan ini ialah menjaring seberapa banyak gol ke dalam gol lawan dalam masa yang ditetapkan dalam pertandingan itu.

Tiang gol permainan bola baling berukuran 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Masa permainan untuk kumpulan umur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa dengan masa rehat sebanyak 10 minit. Untuk kumpulan 12 hingga 16 tahun, masa permainan adalah 25 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat. Untuk kumpulan umur 8 hingga 12 tahun, masa permainan adalah 20 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat.

Bola Baling Mini diperkenalkan kepada budak-budak bawah 8 tahun. Masa permainan ialah 10 atau 15 minit setiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit.

Permainan ini akan dimula dengan mementing duit syiling untuk menentukan pasukan memulakan permainan. Masa permainan ini bermula denga tiupan wisel pengadil dan berterusan sehingga atas budi bicara pengadil bagi insiden-insiden seperti kecederaan dan “team time out”.

Pasukan yang menjaring gol yang paling banyak akan dikira pemenang. Pasukan pertahanan akan membuat satu benteng untuk menghadang segala percubaan gol di luar garisan 6 meter.

Hanya penjaga gol dibenar berada di dalam kawasan gol manakala semua pemain gelanggang berada di luar garisan 6 meter .

Pemain dibenarkan menghadang tanpa merokok, memegang atau membahayakan pihak lawan dengan apa jua cara pun.

Kekasaran pemain akan diberi amaran atau 2 minit penggantungan atau dibatalkan penyertaan seterusnya. Satu pasukan penyerang mengandungi 3 pemain belakang, 2 pemain sayap dan seorang “pivot”.

Pemain dibenarkan bergerak 3 langkah dengan bola sebelum atau selepas melantunkan bola. Apabila pemain tidak bergerak, ia dibenarkan memegang bola dalam masa 3 saat sahaja.

0 comments: